top of page

Pengenalan Penubuhan Resource Centre (RC) BEM

Pusat Sumber BEM

Harus diakui bahawa BEM masih ketinggalan dalam pengurusan maklumat, baik secara bercetak mahupun yang berbentuk elektronik secara sistematik. Sepertimana kita sedar bahawa persaingan penyebaran maklumat dan idea dalam Industrial Revolution 4.0 semuanya berlaku di alam maya. BEM tidak mampu untuk berdiam dan melihat perubahan tanpa terlibat.

​

Adalah menjadi dasar dan hasrat Borneo Evangelical Mission (BEM) untuk meningkatkan mutu Pendidikan Kristen dan iman di semua gereja lokal agar merealisasi tema "Gereja Lokal Bersifat Global"

5 KATA KUNCI

MEMBINA

MENGUMPUL

MENYIMPAN

MENGHASILKAN

MENYEDIAKAN

Objektif

1. Membina - Merekacipta, merancang, menjana dana dan menbangunkan fasiliti khas untuk kegunaan pusat sumber BEM.

2. Mengumpul - Mengumpul sejumlah koleksi bahan-bahan bercetak, elektronik dan sumber lain bagi memenuhi keperluan semua lapisan pengguna.

3. Menyimpan - Menyimpan, menyelenggara dan mengemaskinikan rekod-rekod koleksi bahan sumber dengan lengkap dan konsisten agar mudah di akses.

4. Menghasilkan - Mempromosi & menggalakkan dengan menyediakan insentif ke arah penghasilan, penulisan dan penerbitan bahan-bahan ilmiah profesional berkualiti

5. Menyediakan - Mengoptimumkan akses kepada bahan-bahan sumber oleh pengguna melalui pengenalan sistem perkhidmatan yang mesra pengguna.

PUSAT BEM MIRI SARAWAK
Lot 67, Jalan Cosmos, Taman Pelita,98000 Miri, Sarawak.
P.O Box 1325, 98000 Miri, Sarawak.

Telephone +6085 421249

 

bottom of page